PKSR 4/2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PKSR 4) 2009

02 HINGGA 05 NOVEMBER 2009

 Dalam banyak-banyak subjek dan menarik perhatian Cikgu Saril dalam PKSR 4/2009 kali ini ialah Pendidikan Seni Visual (PSV).

 

Soalan PSV kali ini amat mencabar dan menguji kreativiti murid-murid. Jom kita tengok hasil kerativiti pelajar-pelajar SKM.

Ada yang buat lori, kereta, lori balak, lori takder kepala (anak sape tu…??? hehe), bekas telur, bekas bunga, kolaj, cop dan macam-macam lagi… yang paling biasa…lukisan… lukis dan kaler-kaler la lepas tu…

5November , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, P & P, share : Riaksi »


Jadi Uncle lagi

"Ril, abg dapat baby girl kejap tadi", SMS dari Tuan Zaki. (28/10/2009, 3:23pm)

Cikgu Saril bergelar "uncle charming" lak kali ini apabila kelahiran I’ffah Nur I’zzah binti Mohd Zaki telah selamat lahir ke dunia pada 28 Oktober 2009, Rabu jam 2.10 petang di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSHAS), Temerloh, Pahang.

Uncle Saril telah pergi melawat "baby izzah" pada 30 Oktober 2009 di Kampung Paya Pulai, Temerloh. Tahniah kepada Mohd Zaki bin Daud dan isterinya yang menyambut kelahiran puteri sulungnya. Mohd Zaki ini adalah kawan baik merangkap housemate di Kampung Batu 1, roomates dan classmate masa belajar di Kolej Informasi Multimedia kerjasama dengan UPM pada tahun 2000 dulu, sebelum Cikgu Saril berhenti belajar untuk masuk ke Maktab Perguruan Kota Bharu pada tahun 2001.

Untuk "baby izzah", uncle doakan Izzah akan jadi anak yang soleh dan beriman… amin… Comey+Charming… combination baby+uncle tu memang sesuai kan??? sesuai kah???

3November , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, share : Riaksi »


Deco after RAYA

Deko lepas RAYA !!??? Actually, pic ne dah lama tersimpan dalam memory N78 ni..so bila di belek-belek lsambil landing atas sofa tu, teringin nak publish kat PSA untuk menyaratkan lagi entry Deko Bersama Putra.

Pic ne diambil beberapa hari selepas balik bercuti dari raya sebulan yang lepas. Lepas raya pun buat deko… hehe… tapi kali ne semua tuju kat satu sudut yang dah lama kosong…

Ingat nak cari bubu (tempat orang tangkap ikan) untuk deko lampu. Semalam jalan-jalan dengan Haris kat Expo depan TF tu ada la jumpa bubu… tapi mahal sangat… dah ler kecik… ada sapa nak sponsor…??? hehe… dulu masa dok bertugas kat SK Titom, ada gak tempah dengan orang kampung… tapi haram tak siap-siap sampai la aku dah tukar ke sini. Teringin gak nak dapatkan jala ikan… nak buat deko gak dalam umah ne… suka lak tgok benda-benda macam ne…

2November , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, share, Deko Bersama Putra : Riaksi »


Kem Membaca 1 Malaysia

PELANCARAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 

DAN

 BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009 PERINGKAT SEKOLAH

30October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, P & P, share : Riaksi »


Rumah Terbuka SKM 2009

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI (RIUP) SK MELA & SJKC MELA

13 OKTOBER 2009 (SELASA)

10.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI

Keriangan yang ditunjukkan oleh murid-murid SKM bersama-sama Sir Saril.

Berposing sakan sebelum acara bermula. Gambar utama bersama Cikgu Azila, Ustz. Asikin dan Ustz. Ramelah

Guru Besar SKM yang baru, En. Mohamad Zabidi bersama Guru Besar SJKC Mela turut memeriahkan majlis.

Terserlah kegembiraan murid-murid SKM apabila dapat menikmati Nasi minyak, ayam masak merah, nasi impit kuah kacang dan macam-macam lagi yang ada.

Sempat berposing lagi dengan Cikgu Salbani dan mantan GPK Koko, Puan Zaini bt Taibi. Meriah sangat tahun ne…

p/s : Walaupun raya dah lepas, Cikgu Saril nak juga update entry mengenai Rumah Terbuka SKM untuk 2009. Tengok jer la gambar-gaambar kat sini okey…

28October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, P & P, share : Riaksi »


Guru Besar Baru SKM

Bermula 01 Oktober 2009 yang lalu, secara rasminya SKM telah menerima seorang Guru Besar yang baru yang menggantikan Mantan Guru Besar, Encik Shahidan bin Abdul Hamid iaitu Encik Mohamad Zabidi bin Abdullah yang mana sebelum ini adalah Guru Besar SK Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Selamat Datang Cikgu !!!

: Catatan PSA : kisahku, ucapan, P & P, share : Riaksi »


PTK Ogos 2009

Alhamdullilah, keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Ogos 2009 - PTK2 telah pun diumumkan pada hari ini dan Cikgu Saril dapat seperti kat atas. Lepas ne boleh get ready untuk ulangan Kertas Khusus PTK2 sahaja. Cuma kali ne, pelik sikit dengan gred A, B, C dan D, tidak lagi gred I, II, III dan IV seperti dalam PTK1 dulu. Terima kasih kepada mereka-mereka yang telah mendoakan kejayaan Cikgu Saril. Syukran jazilan…

26October , 2009 : Catatan PSA : kisahku : Riaksi »