TAG : Banyaknya Banyak-Banyak
Alamak… nampaknya minggu ni kejer aku kena TAG dan jawab TAG orang jer la… jawab jerlah… member punyer pasal… kang majuk kang saper nak layan aku dok kat "daerah terasing" ni… huhu…
Kisahnya begini… lepas aku TAG En. Kasmara Ahad lepas dan En. Kasmara jawab "TAG : Puasa dan Raya"… dia pulak gataiii TAG aku… actually aku tatau TAG tur akronim dari apa… yang Cikgu Saril tau…"orang tanya soklan… kita jawab balik soklan"… terpulang ler nak bagi jawapn macamana pun… korang punyer jawapan suke hati korang ler… huhu… yang penting "sharing is caring"… not "daring" okey…
Ini le soklan TAG dari En. Kasmara ==> lecturer BI yang dok KKM Rompin, Pahang. Kenal kat sama-sama Kursus BTN di Kem Maran bulan 3 dulu. Satu dorm dan katil depan-depan… tengok gaya "pendiam"… tapi rupe-rupenya… En Kasmara jer yang tahu jawapannya… Aku tak kisah sangat soklan ko tur ntah apa-apa ke atau apa ke jadah punyer soklan ke… suke hati blog kita la kan ???
Soalan 1: Dalam banyak-banyak bintang, bintang apa yang ko suka?
Jawab Cikgu Saril : Bintang yer… aku suke Bintang RTM sebab ramai penyanyi yang cun dan boleh hiburkan hati aku… nak suruh En. Kasmara hiburkan hati ak… sedap ke nyanyi…??? setakat karaoke sumbang menyumbangkan lagu kat umah orang kawin macam kat Mempaga hari tur… baik toksah… lupakan jer la… Bintang lain aku suke… "3 Malam Tanpa Bintang" ~ Lagu nanyian Fiq Mentor walaupun aku tak minat penyanyi dia.. huhu
Soalan 2: Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa ko paling takut?
Jawab Cikgu Saril : Apa kejadah ler soklan pasal hantu ni En. Kasmara weeiii… ??? Hantu bulan Ramadan mana la ader… kena ikat… tapi ada satu hantu yang tak kena ikat… "hantu ko kasm" susah woo soklan ni… sebab aku kena sakat dek hantu balik dari Titom ni last year…
Soalan 3: Dalam banyak-banyak masalah, masalah apa yang paling berat untuk ko?
Jawab Cikgu Saril : Banyak-banyak masalah, masalah paling berat ialah masalah masa aku nak kena JAWI… Opss !!! Kisah 15 tahun lepas tur…aku nak dengan "tok din" dan arwah abah pulak suruh "cut" dengan doktor… huhu… last-last aku yang menang… kwang3x…
Soalan 4: Dalam banyak-banyak cerita, cerita apa yang paling bodoh pernah ko dengar?
Jawab Cikgu Saril : Dalam banyak cerita yang paling bodoh pernah aku dengar… citer orang giler yang sememangnya dia rupa-rupanya dia sah giler… peristiwa ni berlaku masa aku sesorang balik naik "ulat besi" dari Lipis ke Wakaf Bharu tahun 2001. Akukan exstudent MP Kota Bharu… jangan tak tahu… Memula tur baik punyer borak… alih-alih ada sorang Pakcik cuit bahu aku dia tunjuk isyarat "jari telunjuk dipusing-pusing ke tepi kepala"… sebab pakcik tur dah kena sebelum tur… Last-last dia boleh tanya "keretapi ni pergi Sarawak ke?"… patut ler dia sakan citer pasal dia kejer dalam hutan kat sarawak dulu… huhu… lepas tur terus aku buat pura-pura menguap dan tido-tido ayam… orang tur pun blah cari mangsa gerabak lain. Tido tur aku saja cover encem sebab awek sebelah seat sana tur tersengih-sengih macam kerang busuk tengok aku…hehe
Soalan 5: Dalam banyak-banyak perkara, perkara apa yang paling bodoh pernah ko buat?
Jawab Cikgu Saril : Perkara yang paling bodoh pernah aku buat ek ??? Rasanya ada satu… tak silap masa tur aku baru darjah 3. Mak suruh beli gula sekilo… yang aku ni punyer tak menyempat-nyempat kayuh basikal BMX aku tur… terus pergi beli gula-gula sekilo… sebab aku ingat gula sekilo tur bila kata gandanya gula-gula… yelah, pagi tur kat sekolah cikgu aku ajar… setiap benda yang banyak lebih dari satu boleh sebut dua kali… balik jer tak pasal-pasal aku kena leter denga mak aku… tapi mak aku puji sebab aku pandai… nak tau pandai yang mcamana ??? "pandai-pandai sendiri"… huhu… kira pandai la juga tur kan ??? tapi sekarang aku dah jadi Cikgu BM yang boleh kata pakar dalam Bab Kata Ganda… sebab tur senang-senang jer aku jawab soklan Banyaknya Banyak-banyak En. Kasmara ni…
Soalan 6: Dalam banyak-banyak perkara gak, perkara apa yang paling membanggakan ko?
Perkara yang paling membanggakan aku pulak ialah bila aku dapat menghiburkan hati korang… dengan citer-citer aku kat blog aku ni… terhibur kan ??? kan jenet kan jenet kan kan ???
Soalan 7: Dalam banyak-banyak hari, hari apa yang ko rasa tension?
Hari yang aku tension… hari Selasa macam hari ni… sebab aku takder kelas… bosan aku bila tak buat apa-apa… tambahan pulak kalau takder kejer macm hari ni… tur yang boleh melayan TAG En. Kasmara ni… Jadi untuk tidak buat aku tension adalah digalakkan untuk hantar TAG kat aku tetiap hari Selasa… tapi itu pun kalau aku di tahap kerajinan gaban aku mai… huhu… ni tengah rajin jawab TAG sebab tur yang boleh balas ni…. hehe… mampos kalau GB aku tahu… hehe… beraninya aku
Soalan 8: Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang ko nak lawat?
Jawab Cikgu Saril : Negara yang aku nak lawat ek… Arab Saudi sebab di situlah letaknya Tanah Suci Makkah Al-Muqaramah… lepas tur baru aku pikir nak pergi mana… Tunaikan haji dulu sebelum terlambat… InsyaAllah. Duit dalam TH pun dah boleh pergi… tapinya tahun 2014 baru dapat pergi…
Soalan 9: Dalam banyak-banyak anggota badan ko, yang mana ko rasa kiut @ comel?
Jawab Cikgu Saril : Best la soklan ko ni En. Kasmara… sebab ko ler orang pertama yang tanya soklan bab ni kat aku… uhuks… tang mana ek ??? ko rasa aper ??? Yang aku rasa kiut @ comel (memang aku rasa kuit pun…) ialah tang kepala bahagian tepi kepala belah kiri aku ni ada tahi lalat besar macam Pak Lah.

Baru ni pergi rumah kawan aku… mak dia tampar tang tahi lalat tur ingatkan nyamuk… rupanya ada orang sayang kat aku sebab tur makcik tur nak tolong tamparkan… tapi sekali tahi lalat bertuah aku da… bukan mak kawan aku tur ajer… mak sedara dan aku sedara aku pun kekadang nak tolong tamparkan… huhu… kecian kat aku… tapi aku rasa memang comel lah ia…
Soalan 10: Dalam banyak-banyak soalan kat atas ni, yang mana satu ko tak mahu jawab?
Jawab Cikgu Saril : Dalam banyak-banyak soklan… ini ler soklan yang betul-betul menguji kebijaksanaan aku… huhu… aku dah jawab semua soklan kat atas tur… jadi takder jawapan untuk soklan ini… bijak tak aku jawab ???
Soalan 11: Dalam banyak-banyak soalan yang aku suruh ko jawab ni, apa soalan aku yang terakhir?
Jawab Cikgu Saril : Soklan ko yang terakhir ialah "Siapa yang best dan best sangat-sangat jawab soklan-soklan aku ni ?"… jawapannya lain tak bukan ialah yang best itu juga adalah putra745… betoi tak ???
Haha… aku berjaya siapkan tugasan menjawab TAG En. Kasmara… sebenarnya TAG ni untuk soklan 1-8 aku jawab sebelum time berbuka dan soklan 9-11 aku jawab lepas aku siap solat dan segalanya termasuklah memerut… huhu…
Jadi En. Kasmara dah TAG aku… aku nak sebarkan TAG ni pada 3 orang lagi iaitu :
3. En. 2250
Salam,
Huhuhu…sampai hati. Dah le tak pandai nk jawab mcm yg korang jawab. Kang jawapan Fini skema.
Huhuhu.
Comment by ~syafini rosli~ — 26September , 2007 @ 5:16 am
Terer aa Che’gu Aril menjawab soalan2 aku. Aku suka bab tahi lalat tu. Kan bagus kalau diorang guna zapper nyamuk yang macam raket badminton tu tuk libas kepala ko! Ahaksss! Lagi bermakna kalau ko amik gambar tahi lalat tu letak dlm blog, kitorang nak tengok sekiut mana tahi lalat tu. Lalat mana la yang letak kat kepala ko tu aa? Kah kah kah… sejarah betul.
Pastu bab ‘gula’ yang jadi ‘gula-gula’ tu, patut la ko pandai sangat jawab soalan aku pasal ‘kura-kura’ tu, sebab dah ada pengalaman.
Ok la… aku bagi la 79% untuk ko, Aril. Aku bagi 80% kang, ko dapat ‘A’ pulak, aku dengki… Lagipun ko ambil masa yang lama tuk jawab soalan-soalan aku, buleh lagi nak sambung pas berbuka dan semayang… Amik ilham apa? Kehkehkeh… K, tima kasih jawab soalan2 tu. Bawalah penyakit-penyakit yang ada kepada orang lain…
Comment by kasm — 26September , 2007 @ 8:32 am
Lor… en.kasm baru tau ke cikgu aril ni terer… arghh lambat betoi tahu… ketinggalan toi…
pasal tahi lalat tur ek??? aku cuba nnt… tak pun ko try explore pic2 aku… kat blogspot… ada kat situ… pandai2 la belek2… ko kan pakar belek2 ni… uhuks
kira B aku la dapat ek… “B” for “baik, bagus, bor, best, dan segalanya best222 la… but not for “benggong” or “bodoh” oke”… huhu… kalau tercakap aku maafkan… hehe…bulan poser ni buat baik dan tambah pahala
semalam yg boleh sampai bersambung2 aku jaab tur sebabnya… aku lambat bukak blog aku ni… so, lambat ler jawba TAG ko… kendian dah nak berbuka… tak baik woo melambatkan berbuka… betoi tak??? sesambil memerut… aku PK gak apa nak jawab soklan 9-11 tur… huhuhu…
Comment by putra745 — 26September , 2007 @ 12:55 pm
Salam,
Fini dh jawab tag ni. Ntah apa2 yg Fini jawab. Tak reti main2 tag ni. Tapi seronok juga. Hehe.
Comment by ~syafini rosli~ — 30September , 2007 @ 7:49 am
hi Cikgu Fini… amacam syokk tak kursus di kelantan? TQ sebab dah jawab TAG.. nantikasatu lagi TAG… hehe… arilpun tatau apa dia TAG tur… ada org bg lagi.. kli ni dari Cikg Sofi… tunggu ok… jawab jangan tak jawab… tak kisa ler jawapan apa pun… yang penting happy2 jer…
Comment by putra745 — 1October , 2007 @ 9:22 am
kat koyan 2001? Akak ada ngajar kat situ, bila tengok muka tu ingat2 lupa aja.
Comment by sarimah — 28May , 2008 @ 8:52 pm
assalamulaikum?apa khabar duduk kan nama
Comment by nurul husna syafini — 2December , 2008 @ 3:31 pm