Angka 27
Disebalik angka 27 banyak makna tersirat dan tersurat. Ia amat bermakna dalam hidup Cikgu Saril. 2 apabila ditambahkan dengan 7 akan bersamaan dengan 9. Betul tak murid-murid ??? Hehe…
9 adalah nombor paling istimewa dalam hidup Cikgu Saril. Kerana nombor 9 inilah Cikgu Saril dilahirkan pada tahun 1982 dalam bulan 5. Manakala nombor 2 dan 7 juga ada kaitan dengan kelahiran Cikgu Saril pada pagi Isnin itu dimana Cikgu Saril dilahirkan tepat jam 7.20 pagi. Maka pada hari ini, 9/5/2009 adalah ulang tahun ke-27 bagi Cikgu Saril.
Terima kasih buat semua yang menghantar sms tengah malam, seawal jam 1 pagi dan subuh tadi. Di kala mengajar kelas tambahan tadi pun ada teman-teman rapat yang wish untuk Cikgu Saril. Alhamdullilah… syukur. Hanya kepada Maha Esa, Cikgu Saril bermohon agar terus diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan juga kesejahteraan dan kegembiraan di dunia dan di akhirat kelak. Amin…




Kuantan Time








