Hilang Teruna

Ha… jangan asal tengok tajuk entry jer nak kata Cikgu Saril hilang teruna ek… Single lagi ni… Haha… "Hilang Teruna" tu sebenarnya ialah kereta Cikgu Saril, My G. Accident sikit semasa balik dari kenduri Jengka 2 siang tadi. Nak pulak yang melanggar My G tu ialah "Viva Dara". Mengikut cerita, baru seminggu keretanya didaftarkan. Memang betul pun bila Cikgu saril tengok roadtax dia 21 Mei. Muda sebulan jer dengan My G. Plat kereta negeri Johor. Orang yang melanggar My G tu sebenarnya asal dari area Jengka jugak tetapi jadi cikgu di Johor. Nasib baik perempuan dan sama-sama kerja cikgu.
Kisahnya begini… Bila keluar dari persimpangan Jengka 2,3,4,5,6 dan 7, Cikgu Saril perasan sebuah Viva putih dipandu perlahan. Dia ekori sebuah lori. Ikut lori pulak tersangat ler dekat. Lori "hantu" tu tanpa beri signal pulak nak masuk ke simpang Felda Ulu Jempul. Pemandu Viva secara tiba-tiba terus menukar laluan. Ada dua lorong. Satu lorong untuk masuk simpang ke kanan menuju ke Felda Ulu Jempol. Cikgu Saril pula dah terlebih dahulu ambil lorong sebelah kiri apabila Cikgu F seperti nak masuk simpang ke Felda Ulu Jempol. Dengan sekelip mata, screetttttttttttttttt…. tepi pintu sebelah kanan belakang di bahagian penumpang dapat corak baru… Dengan tanpa beri "signal", dia terus masuk ke lorong kiri Cikgu Saril guna tu. Nampak sangat dia tak gunakan cermin belakang dan cermin sisi.
Kemudian, Cikgu Saril dapatkan nombor telefon, nombor plat dan nama serta alamatnya setelah berbincang untuk selesaikan secara baik. Masalahnya sekarang, memang boleh polish dan cat. Tapi… cat kerete Cikgu Saril ni memang special edition. Boleh ke cari cat yang sama ??? Nasib baik tak ada yang kemek. Dari simpang Bandar Tun Abdul Razak hingga ke Bandar Jerantut, Cikgu Saril ekori kereta Cikgu F. Melihatkan cara dia memandu memang membahayakan. Cikgu Saril ikut pun tidaklah terlalu rapat.
Memang menyayat hati. Nak pulak inilah kali pertama seumur hidup Cikgu Saril alami accident sedemikian. Macam yang mak Cikgu Saril katakan, "Dalam kita berhati-hati, belum pasti orang lain akan berhati-hati macam kita". Sapo nak jawab ni ??? Bersopan santunlah di jalan raya.





Kuantan Time








sabor je lah… try guna polish mahai, maybe boleh cover skit cat tu…brand keen-plus tak silap.
Comment by noname — 1June , 2009 @ 12:55 am
cian nyer..
kete waja cgu nor lg teruk kemek depan blakang..xcdent kt ampang 6 jun baru nih..apapun mnder dh nk jd..tp sedey sgt..first time jd gini lepas 4 thun pakai kete tuh…hubby cgu nor ckp..jln raya ni kita share ngan pengguna lain..kalo kita berhati2 cmner pon..tp org lain tak mcm kite..apa nak buek…
sabor yer cgu saril..
Comment by hunny_kono — 12June , 2009 @ 5:01 pm