Buat Modul

Minggu ni sibuk siapkan modul untuk Kelas Tambahan Petang, Kelas PIBG dan Ujian Ringkas. Alhamdullilah, malam ni Cikgu Saril dah pun berjaya siapkan satu modul ujian ringkas untuk kelas tambahan cuti sekolah yang akan digunakan pada hari Jumaat ini. Modul ini lebih kepada untuk pemulihan dan memberikan soalan-soalan yang biasa ditanya dalam UPSR. Cuma Cikgu saril rasa perlu dimurnikan lagi. Untuk permulaan ini, Cikgu Saril hanya ambil soalan-soalan dari Negeri Johor dan Negeri Pahang dari tahun 2008 hingga 2009 yang terkini dan disatukan mengikut topik khusus untuk murid-murid potensi LULUS.

Cikgu Saril sebenarnya dah mula bertugas secara tidak rasmi pada hari ini. Kelas Tambahan Cuti Sekolah ini sudah pun bermula sejak minggu lepas. Cuma giliran untuk subjek Matematik hanya dapat diadakan pada minggu ini sehingga hari Jumaat. Dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Mungkin, pada kawan-kawan yang sms dan call, tak dapat cakap lama sangat sebab Cikgu Saril sibuk sikit. TQ pada Shahril Aley, Shahril SNKH KBTC dan Kak Supiah SNKH KBTC yang call dan melayan Cikgu Saril dikala kesibukan menyiapkan kerja. Begitu juga kepada Cikgu Masrol, Cikgu Hairol, Abang AD yang tak jemu-jemu sms Aril dikala kesibukan ini. Nanti kita sms lagi.

10June , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, P & P, share :


Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://putra745.blogsome.com/2009/06/10/buat-modul/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.