Cuti Malaysia : Melaka Negeri Hang Tuah

Minggu lepas, Cikgu Saril sempat habiskan cuti yang tidak dirancang ke Melaka. Itu pun setelah diajak oleh Cikgu Romi untuk temankan dia pergi ambil "seseorang". Hehe… Cikgu Saril pun orait jer walaupun perjalanan ini tak dirancang. Main pakai redah jer. Kami berdua ni udah ler tatau jalan ke Melaka. Selepas hantar Cikgu Shahril Perak, iaitu member lama masa maktab yang datang ke Pahang untuk bercuti sambil datang kenduri ke Kota Gelanggi 2 iaitu ke rumah makcik dia, Cikgu Saril terus ke Melaka melalui Temerloh-Triang-Bahau-Melaka.

Sedikit cerita mengenai Cikgu Shahril. Dia adalah member kamceng yang sama-sama belajar di Maktab Kota Bharu, Kelantan. Asal dari Perak dan kini mengajar di SK Bandar Perda, Pulau Pinang. Kami adalah batch KDPM 2001/2003. Walaupun berlainan opsyen yang mana Cikgu Saril ni yang dikenali sebagai Shahril MTPM dalam bidang Maths, manakala Cikgu Ahmad Shahril ini dibezakan dengan Shahril SNKH iaitu belajar dalam Science. Selalu Cikgu Saril akan dok lepak bilik dia CB2 masa di maktab walaupun CB13 bilik Cikgu Saril adalah sama paras dengan bilik dia. Malam tu Cikgu Saril bawa dia ke My Kampung. Tengok semula gambar kenangan di maktab. Macam-macam diimbas dan diceritakan semula sampai ler nak tido pun masih dok bercerita. Hehe…

 Walaupun sesat kejap, akhirnya dapat juga kami sampai ke Melaka dengan selamat. Terima kasih buat En. Iskandar yang banyak membantu Cikgu Saril menunjuk arah sepanjang perjalanan dan bawa kami makan serta cari hotel budget yang amat selesa. Terima kasih juga sebab pinjamkan sehelai baju untuk Cikgu Saril… Al-maklumlah kami pergi pun sehelai sepinggang, hanya bekalkan dengan duit dalam poket dan kad ATM. Untuk pengetahuan semua, inilah kali kedua Cikgu Saril ke Melaka setelah hampir 20 tahun dan memandu sendiri.

Di Melaka kami sempat jalan-jalan di Dataran Pahlawan dan Taman Mini Malaysia dan Asean.

Taman Mini Malaysia dan Asean. Nasib dapat cari charger battery HP yang dicas dalam kereta. Dapat juga abadikan kenangan di sini. Terima kasih juga buat Nurul Ain yang pinjamkan HP dia untuk snap gambar dalam Muzium Melaka.

Dapat lihat rumah-rumah tradisional di Malaysia dalam satu-satu masa. Jimatkan… ??? Cuma di mana rumah Perlis ??? Tak ada pun ???

16June , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, cuti malaysia, JJCM :


Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://putra745.blogsome.com/2009/06/16/jjcm-pergi-melaka/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.