Cuti Malaysia : Lata Meraung

Petang semalam lepas sesi sekolah ganti untuk Aidilfitri nanti, Cikgu Saril bawa Adik Faiz yang datang bercuti ke Pahang ke Lata Meraung.Last Cikgu saril ke sini iaitu masa memula bertukar ke SKM ini bersama-sama Cikgu Romi dan Cikgu Kudin. Lata Meraung ni terletak lebih kurang 30KM dari rumah sewa Cikgu Saril. Senang cerita, 15 minit jer dari Bandar Jerantut. Dah lewat petang jugaklah kami ke sana. Nasib baik masih ada beberapa buah kereta dan pasangan dok bercanda di lata tersebut. Jadi, takder ler segan sangat nak mandi… hehe…

Masa kami mandi, makin ramai yang join. Al-maklumlah nak melihat kehebatan kami dok berenang bersama-sama anak-anak ikan kat situ.Lagipun dah kul 5, tu yang mula-mula macam tak jadi nak mandi. Hehe… dah alang-alang sampai, nak jugak merasa kesejukan air Lata Meraung. Sambil berposing sana sini, mengalahkan model iklan seluar mandi (opppsss… seluar mandi ke ???) kami membedal KFC sebagai santapan perut kami yang dok bermain lagu keroncong dan ia juga merangkap lunch dan dinner kami semalam. Hampir sejam jugak kami dok berendam ala-ala anak dugong tersepit… hahaha…

28June , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, cuti malaysia :


Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://putra745.blogsome.com/2009/06/28/cuti-malaysia-lata-meraung/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.