Balik Kampung

Raya kali ne, Cikgu Saril berkesempatan bawa family bali kampung di Kampung Simpang Empat Kerdau dan Kampung Paya Taram pada hari raya yang kedua lalu. Seawal jam 9 pagi dah bertolak dari Sungai Koyan. Destinasi kami, terus ke Kampung Sanggang Baru, Temerloh beraya di rumah Mak Ngah dan Pak Ngah. Kemudian ke Desa Murni Sanggang di Blok 5 rumah Cik Sitah, sepupu kepada arwah abah. Banyak tul makan di rumah Harish, anak kepada Mak Ngah dan Pak Ngah.

Tengahari tu baru ler ke Kampung Simpang Empat Kerdau. Ramai betul sanak saudara yang dah lama tak jumpa berkumpul di rumah Mak Teh. Lepas sahaja makan tengahari, walaupun aku tak makan disebabkan terlalu kenyang kami bertolak pulak ke kampung Paya Taram, Kerdau kira-kira 1KM dengan Kampung Simpang Empat Kerdau. Kali ini berkumpul di rumah kakak mak iaitu di Mak Ndak. Kampung ne adalah kampung tempat aku kecik-kecik dulu. Masa kecik-kecik dulu suka tido di rumah Mak Ndak yang masa tu rumah kayu lagi dan main paya cari ikan kat kampung ne. Tapi itu semua dah berlalu, paya pun dah makin naik lalangnya dan suasananya pun dah banyak berubah kerana pembangunan dah banyak di situ.

Sempat juga ikuti Tahlil kubur beramai-ramai yang merupakan tradisi di kampung ini. Masa Cikgu Saril sampai di kubur tu, semua orang dah nak siap. Semua dapat duit raya hasil kutipan beramai-ramai. Kubur di sempat Cikgu Saril ziarah ialah kubur datuk, nenek dan ayah sedara. Tak tahu la pulak Cikgu Hamzah turut berada di situ dan kami rupa-rupanya sekampung. Siapa Cikgu Hamzah? dia ne silent reader PSA suatu ketika dulu. Malam balik dari kampung tu, sempat YM kejap dengan Cikgu Hamzah. Di situ juga tahu yang dia ada di tahlil kubur beramai-ramai tu.

18October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, cuti malaysia, share :


Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://putra745.blogsome.com/2009/10/18/balik-kampung-4/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.