Rumah Terbuka 2009

RUMAH TERBUKA CIKGU SARIL 2009

Tarikh : 04 OKTOBER 2009 bersamaan 15 SYAWAL 1430H

Masa : 11.00 pagi - 4.30 petang

Tempat : "Teratak 100" Sungai Koyan, Raub, Pahang

Sebenarnya, Rumah Terbuka ini adalah kali pertama dan julung kalinya dianjurkan oleh Cikgu Saril. Tujuan asalnya untuk menjemput "Geng SK TITOM batch 2004/2005/2006/2007/2008 and 2009. Untuk memeriahkan lagi acara, Cikgu Saril menjemput warga SK Mela dan beberapa kawan rapat dari zaman maktab, sekolah dan member bloggers yang dekat-dekat area Pahang.

Terima kasih kepada Geng Cikgu Titom 2009, Wakil SKM - Ustazah Asyikin yang menyambut raya Puasa 6 di jamuan Rumah Terbuka Cikgu Saril, Chef-chef terkemuka SK Titom - Kak Tek & Kak Siah, Cikgu Fitri - My Ex-Roomates SK Titom 2005/2007, Cikgu Nazri & Cikgu Jamilah - ExBatch KDPM 2001/2003 KBTC Kota Bharu, Kelantan.

Juga terima kasih buat tetamu undangan yang semuanya dari KL iaiatu Mr.Faez - Pusat Darah Negara, KL dan bloggers Cikgu Anis-Cikgu Faridah-Cikgu Putri - Geng Bloggers dari SK Telok Pulai, Klang dan semua yang jiran-jiran dan kenalan rapat yang hadir memeriahkan di Rumah Terbuka 2009 kali ini. Pastinya Rumah Terbuka 2010 akan dijemput lebih ramai  dan meriah lagi. Pasang khemah lagi… Orang Machang, Puchong, Batu Pahat dan banyak lagi akan dijemput lagi untuk bersama-sama raya 2010. Nantikan…

21October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, share, JJCM :


2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://putra745.blogsome.com/2009/10/21/rumah-terbuka-2009/trackback/

  1. t.kasih byk buat cikgu saril..cikgu romi..mak.. & usu..dalam pembikinan open house..hehehe..semoga aktiviti dan amalan ni berterusan..xluput budaya adat kita…salam syg buat semua family cikgu saril..semoga kita dpertemukan lagi dlm keadaan yg meriah lagi sempurna..insyaAllah…

    Comment by Fezz — 22October , 2009 @ 10:10 pm

  2. Kome nak dtg jugek tapi x kena ajok, segan pulok rasanya nak rejoh jee.. heheh… sedaknya lah satay koyan yek

    paya taram

    Comment by rantai moto — 23October , 2009 @ 8:38 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.