Cuti-Cuti Malaysia : Kuantan, Pahang

Perjalanan ke Kuantan, Pahang kali ini adalah telah pun lama dirancang dan hanya minggu ini saja berkesempatan menjejakkan kaki ke sini bersempena dengan Cuti Keputeraan Sultan Pahang. Ini pun adalah kebetulan masa Cikgu Saril pergi servis MyG di Temerloh dan bermalam di rumah Harris dan keesokkan paginya terus ke Kuantan.

Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Plaza Tol Temerloh dan keluar di Plaza Tol Gambang yang memakan masa 1 jam perjalanan, kami berdua solat Zuhur di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang tersergam indah di tengah-tengah bandar Kuantan. Selesai solat, kami pergi beli barang sikit iaitu baju unit beruniform PBSM yang Cikgu Saril perlu pakai pada setiap hari Rabu. Perut berkeroncong sejak di LPT, kami singgah makan tengahari di Teluk Cempedak (TC) yang popular di sini. Berjalan-jalan di pelantar persisir pantai sambil tengok gelagat pengunjung di situ. Ramai juga orang pada hari cuti begini.

Puas di TC dan badan pun dah melekit, kami ke SSF Deco Mart. Saja jalan-jalan, kot-kot dapat idea untuk deko umah dan ada hati yang berkenan. Tak sangka pulak masa cari parking di belakang SSF, jumpa pulak "kembar" CCK. Tapi plat WSS. Taki kisah ler, akhirnya dapat juga Cikgu Saril tengok G2 yang sama dengan Cikgu Saril guna sekarang. Memang susah nak jumpa sama kaler dengan MyG ni. Sebelum balik, kami singgah kejap beli satar dan keropok sagu di Tanjung Lumpur. Memang tak sah kalau tak beli kepok dan satar kat sini kalau ke Kuantan. Ada planning yang tak kesampaian dan kami akan pastikan plan itu akan difokuskan untuk itu sahaja pada kunjungan akan datang. Hehe… ada yang nak join ke???

p/s: Sorry to Cikgu Rash and Cikgu Noor, eng dah planning dengan orang lain dulu. Hehe… next time kita g kuantan… Join kami nak ???

25October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, cuti malaysia, share :


2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://putra745.blogsome.com/2009/10/25/cuti-cuti-malaysia-kuantan-pahang/trackback/

  1. amboi…sakan berjalan ye. jalan la sementara ada waktu esok2 dah buzy tak dapat pulak jalan2 ye…

    Comment by saya — 25October , 2009 @ 8:00 pm

  2. Salam Aril…

    Wahh jalan jalan cari makan ke?..hehe…..Alhamdulillah…Moga selalu happy ..Jgn biarkan keluh kesah menguasai diri…Yang penting masih ada yang sayang..agagaga…

    Comment by AD — 30October , 2009 @ 12:03 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.