Cuti-Cuti Malaysia : Kuantan, Pahang

Perjalanan ke Kuantan, Pahang kali ini adalah telah pun lama dirancang dan hanya minggu ini saja berkesempatan menjejakkan kaki ke sini bersempena dengan Cuti Keputeraan Sultan Pahang. Ini pun adalah kebetulan masa Cikgu Saril pergi servis MyG di Temerloh dan bermalam di rumah Harris dan keesokkan paginya terus ke Kuantan.

Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Plaza Tol Temerloh dan keluar di Plaza Tol Gambang yang memakan masa 1 jam perjalanan, kami berdua solat Zuhur di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang tersergam indah di tengah-tengah bandar Kuantan. Selesai solat, kami pergi beli barang sikit iaitu baju unit beruniform PBSM yang Cikgu Saril perlu pakai pada setiap hari Rabu. Perut berkeroncong sejak di LPT, kami singgah makan tengahari di Teluk Cempedak (TC) yang popular di sini. Berjalan-jalan di pelantar persisir pantai sambil tengok gelagat pengunjung di situ. Ramai juga orang pada hari cuti begini.

Puas di TC dan badan pun dah melekit, kami ke SSF Deco Mart. Saja jalan-jalan, kot-kot dapat idea untuk deko umah dan ada hati yang berkenan. Tak sangka pulak masa cari parking di belakang SSF, jumpa pulak "kembar" CCK. Tapi plat WSS. Taki kisah ler, akhirnya dapat juga Cikgu Saril tengok G2 yang sama dengan Cikgu Saril guna sekarang. Memang susah nak jumpa sama kaler dengan MyG ni. Sebelum balik, kami singgah kejap beli satar dan keropok sagu di Tanjung Lumpur. Memang tak sah kalau tak beli kepok dan satar kat sini kalau ke Kuantan. Ada planning yang tak kesampaian dan kami akan pastikan plan itu akan difokuskan untuk itu sahaja pada kunjungan akan datang. Hehe… ada yang nak join ke???

p/s: Sorry to Cikgu Rash and Cikgu Noor, eng dah planning dengan orang lain dulu. Hehe… next time kita g kuantan… Join kami nak ???

25October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, cuti malaysia, share : Ada Riaksi (2)


Balik Kampung

Raya kali ne, Cikgu Saril berkesempatan bawa family bali kampung di Kampung Simpang Empat Kerdau dan Kampung Paya Taram pada hari raya yang kedua lalu. Seawal jam 9 pagi dah bertolak dari Sungai Koyan. Destinasi kami, terus ke Kampung Sanggang Baru, Temerloh beraya di rumah Mak Ngah dan Pak Ngah. Kemudian ke Desa Murni Sanggang di Blok 5 rumah Cik Sitah, sepupu kepada arwah abah. Banyak tul makan di rumah Harish, anak kepada Mak Ngah dan Pak Ngah.

Tengahari tu baru ler ke Kampung Simpang Empat Kerdau. Ramai betul sanak saudara yang dah lama tak jumpa berkumpul di rumah Mak Teh. Lepas sahaja makan tengahari, walaupun aku tak makan disebabkan terlalu kenyang kami bertolak pulak ke kampung Paya Taram, Kerdau kira-kira 1KM dengan Kampung Simpang Empat Kerdau. Kali ini berkumpul di rumah kakak mak iaitu di Mak Ndak. Kampung ne adalah kampung tempat aku kecik-kecik dulu. Masa kecik-kecik dulu suka tido di rumah Mak Ndak yang masa tu rumah kayu lagi dan main paya cari ikan kat kampung ne. Tapi itu semua dah berlalu, paya pun dah makin naik lalangnya dan suasananya pun dah banyak berubah kerana pembangunan dah banyak di situ.

Sempat juga ikuti Tahlil kubur beramai-ramai yang merupakan tradisi di kampung ini. Masa Cikgu Saril sampai di kubur tu, semua orang dah nak siap. Semua dapat duit raya hasil kutipan beramai-ramai. Kubur di sempat Cikgu Saril ziarah ialah kubur datuk, nenek dan ayah sedara. Tak tahu la pulak Cikgu Hamzah turut berada di situ dan kami rupa-rupanya sekampung. Siapa Cikgu Hamzah? dia ne silent reader PSA suatu ketika dulu. Malam balik dari kampung tu, sempat YM kejap dengan Cikgu Hamzah. Di situ juga tahu yang dia ada di tahlil kubur beramai-ramai tu.

18October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, cuti malaysia, share : Riaksi »


Aidilfitri 2009

Sememangnya Aidilfitri 2009 kali ini banyak kenangan yang amat bermakna buat Cikgu Saril. Melalui gambar saja akan menceritakan semua itu. Terima kasih juga pada dia yang menerima Cikgu Saril seadanya dalam hidupnya. Siapa yea? Kalau anda rasa diri anda, ANDA la jawapannya… "ada mereka kisah???" hahaha…

Petang menjelang raya tu, Cikgu Saril dan adik beradik sakan memasang pelita depan rumah. Bila semua balik, semua pakat beli pelita. Jadinya pelita jadi 20 botol dipasang tahun ne. Memang tak pernah kami buat. Hehe… Shahrul cuti 2 minggu balik dari Gelang Patah, Johor - Fikri pula balik dari Kuantan cuti 3 minggu plus pulak 3 hari oleh big boss… untungnya…

So, semua anak-anak "Datin Normah" dapat berkumpul raya tahun ne. Raya tahun lepas, My Sister-Laila beraya rumah mother in law, so tahun ne raya di Sungai Koyan la pulak. Tahun ne lebih bermakna dan ceria dengan kehadiran "orang baru" yang lahir pada 01/01/2009 jam 12:23 pagi Tahun Baru 2009 iaitu Mohd Fatih Zulkarnain bin Rozdi.

: Catatan PSA : kisahku, saja-saja, cuti malaysia, share, Fatih : Riaksi »


Buang Sawang

Sebenarnya, PSA tak dapat update selepas raya kerana disebabkan modem Cikgu Saril kena kilat pada 28/09/2009 baru-baru ni semasa Cikgu Saril sedang mengisi maklumat dalam Sistem Pendaftran UPSR 2010 secara online. Petang ni baru dapat install modem baru dan pasangkan di PC sebab minggu lepas sibuk sangat. Jadinya PSA juga bersawang… Tunggu entry akan datang tidak lama lagi di PSA ini dan check list antaranya ialah :

AIDILFITRI 2009

BALIK KAMPUNG

ACCIDENT & PANCIT

RUMAH TERBUKA CIKGU SARIL 2009

GURU BESAR BARU SK MELA

KARNIVAL PRASEKOLAH ZON BENTA 2009

DEKO BERSAMA PUTRA745

CIKGU AMER KAWIN

MAJLIS RUMAH TERBUKA SK MELA 2009

13October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, cuti malaysia, share, Deko Bersama Putra : Ada Riaksi (2)


Salam Syawal 1430H

1 S.Y.A.W.A.L 1430 kian menjelma. Tangan dihulur berjabat erat, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kerterlanjuran selama berada di PSA dan yang sudi menjadi sahabat, teman, abang, kakak, adik dan menjadi sebahagian hidup Cikgu Saril. Jaga diri dan berhati-hati di jalanraya dan berpada-padalah makan disepanjang menyambut hari raya.

17September , 2009 : Catatan PSA : kisahku, ucapan, cuti malaysia : Ada Riaksi (1)


Cuti Malaysia : Lata Meraung

Petang semalam lepas sesi sekolah ganti untuk Aidilfitri nanti, Cikgu Saril bawa Adik Faiz yang datang bercuti ke Pahang ke Lata Meraung.Last Cikgu saril ke sini iaitu masa memula bertukar ke SKM ini bersama-sama Cikgu Romi dan Cikgu Kudin. Lata Meraung ni terletak lebih kurang 30KM dari rumah sewa Cikgu Saril. Senang cerita, 15 minit jer dari Bandar Jerantut. Dah lewat petang jugaklah kami ke sana. Nasib baik masih ada beberapa buah kereta dan pasangan dok bercanda di lata tersebut. Jadi, takder ler segan sangat nak mandi… hehe…

Masa kami mandi, makin ramai yang join. Al-maklumlah nak melihat kehebatan kami dok berenang bersama-sama anak-anak ikan kat situ.Lagipun dah kul 5, tu yang mula-mula macam tak jadi nak mandi. Hehe… dah alang-alang sampai, nak jugak merasa kesejukan air Lata Meraung. Sambil berposing sana sini, mengalahkan model iklan seluar mandi (opppsss… seluar mandi ke ???) kami membedal KFC sebagai santapan perut kami yang dok bermain lagu keroncong dan ia juga merangkap lunch dan dinner kami semalam. Hampir sejam jugak kami dok berendam ala-ala anak dugong tersepit… hahaha…

28June , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, cuti malaysia : Riaksi »


Cuti Malaysia : Melaka Negeri Hang Tuah

Minggu lepas, Cikgu Saril sempat habiskan cuti yang tidak dirancang ke Melaka. Itu pun setelah diajak oleh Cikgu Romi untuk temankan dia pergi ambil "seseorang". Hehe… Cikgu Saril pun orait jer walaupun perjalanan ini tak dirancang. Main pakai redah jer. Kami berdua ni udah ler tatau jalan ke Melaka. Selepas hantar Cikgu Shahril Perak, iaitu member lama masa maktab yang datang ke Pahang untuk bercuti sambil datang kenduri ke Kota Gelanggi 2 iaitu ke rumah makcik dia, Cikgu Saril terus ke Melaka melalui Temerloh-Triang-Bahau-Melaka.

Sedikit cerita mengenai Cikgu Shahril. Dia adalah member kamceng yang sama-sama belajar di Maktab Kota Bharu, Kelantan. Asal dari Perak dan kini mengajar di SK Bandar Perda, Pulau Pinang. Kami adalah batch KDPM 2001/2003. Walaupun berlainan opsyen yang mana Cikgu Saril ni yang dikenali sebagai Shahril MTPM dalam bidang Maths, manakala Cikgu Ahmad Shahril ini dibezakan dengan Shahril SNKH iaitu belajar dalam Science. Selalu Cikgu Saril akan dok lepak bilik dia CB2 masa di maktab walaupun CB13 bilik Cikgu Saril adalah sama paras dengan bilik dia. Malam tu Cikgu Saril bawa dia ke My Kampung. Tengok semula gambar kenangan di maktab. Macam-macam diimbas dan diceritakan semula sampai ler nak tido pun masih dok bercerita. Hehe…

 Walaupun sesat kejap, akhirnya dapat juga kami sampai ke Melaka dengan selamat. Terima kasih buat En. Iskandar yang banyak membantu Cikgu Saril menunjuk arah sepanjang perjalanan dan bawa kami makan serta cari hotel budget yang amat selesa. Terima kasih juga sebab pinjamkan sehelai baju untuk Cikgu Saril… Al-maklumlah kami pergi pun sehelai sepinggang, hanya bekalkan dengan duit dalam poket dan kad ATM. Untuk pengetahuan semua, inilah kali kedua Cikgu Saril ke Melaka setelah hampir 20 tahun dan memandu sendiri.

Di Melaka kami sempat jalan-jalan di Dataran Pahlawan dan Taman Mini Malaysia dan Asean.

Taman Mini Malaysia dan Asean. Nasib dapat cari charger battery HP yang dicas dalam kereta. Dapat juga abadikan kenangan di sini. Terima kasih juga buat Nurul Ain yang pinjamkan HP dia untuk snap gambar dalam Muzium Melaka.

Dapat lihat rumah-rumah tradisional di Malaysia dalam satu-satu masa. Jimatkan… ??? Cuma di mana rumah Perlis ??? Tak ada pun ???

16June , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, cuti malaysia, JJCM : Riaksi »