Rumah Terbuka 2009

RUMAH TERBUKA CIKGU SARIL 2009

Tarikh : 04 OKTOBER 2009 bersamaan 15 SYAWAL 1430H

Masa : 11.00 pagi - 4.30 petang

Tempat : "Teratak 100" Sungai Koyan, Raub, Pahang

Sebenarnya, Rumah Terbuka ini adalah kali pertama dan julung kalinya dianjurkan oleh Cikgu Saril. Tujuan asalnya untuk menjemput "Geng SK TITOM batch 2004/2005/2006/2007/2008 and 2009. Untuk memeriahkan lagi acara, Cikgu Saril menjemput warga SK Mela dan beberapa kawan rapat dari zaman maktab, sekolah dan member bloggers yang dekat-dekat area Pahang.

Terima kasih kepada Geng Cikgu Titom 2009, Wakil SKM - Ustazah Asyikin yang menyambut raya Puasa 6 di jamuan Rumah Terbuka Cikgu Saril, Chef-chef terkemuka SK Titom - Kak Tek & Kak Siah, Cikgu Fitri - My Ex-Roomates SK Titom 2005/2007, Cikgu Nazri & Cikgu Jamilah - ExBatch KDPM 2001/2003 KBTC Kota Bharu, Kelantan.

Juga terima kasih buat tetamu undangan yang semuanya dari KL iaiatu Mr.Faez - Pusat Darah Negara, KL dan bloggers Cikgu Anis-Cikgu Faridah-Cikgu Putri - Geng Bloggers dari SK Telok Pulai, Klang dan semua yang jiran-jiran dan kenalan rapat yang hadir memeriahkan di Rumah Terbuka 2009 kali ini. Pastinya Rumah Terbuka 2010 akan dijemput lebih ramai  dan meriah lagi. Pasang khemah lagi… Orang Machang, Puchong, Batu Pahat dan banyak lagi akan dijemput lagi untuk bersama-sama raya 2010. Nantikan…

21October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, share, JJCM : Ada Riaksi (2)


Gulai apa ni ???

Semalam lepas sekolah terus ke Bera dengan Kak Azila dan Kak Sal. Naik Hurrier Kak Azila. Dari SKM terus ke Jerantut-Temerloh dan menyusur ke jalan Triang-Bahau. Kami menuju ke PPD Bera sebab nak jumpa kawan Kak Azila untuk dapatkan bahan untuk debreifing pada minggu hadapan. Mencari contoh dan panduan. Balik dari Bera, terus lunch di "Taman Esplande Temerloh" yang berhadapan dengan Sungai Pahang. Kami makan nasi dengan gulai tempoyak ikan patin. Perghhh… sungguh sodap sampai ke tulang dikerjakan oleh kami. Nak-nak lagi perut memasing dok lapar. Mana tidaknya, dari kul 10 pagi hingga ke pukul 4 petang, baru itulah kami menjamah makanan. Dalam perjalanan ke Bera pulak banyak orang jual buah-buah, almaklum tengah musim buah. Kendian, kami dok citer pasal makan-makan. Udah ler perot lapar… citer pasal makan. Haha… kami bertiga ni memang sekepala. Kalau kaki borak kat staffroom, ini ler muka-mukanya… haha… Join pulak dengan Ustaz dan Ustazah yang suka dok suggest tempat makan dan makan itu ini. Memang meriah kalau kami borak dan buat makan-makan. Haha… TQ pada Kak La yang belanja Cikgu Saril dan Kak Sal lunch semalam. Kemudian singgah memborong rambutan dan ubi kayu kat pasar tani Temerloh… Huhu… Cikgu Saril dok mengidam ubi kayu hari semalam… ahaks…

10July , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, share, JJCM : Ada Riaksi (1)


Cuti Malaysia : Melaka Negeri Hang Tuah

Minggu lepas, Cikgu Saril sempat habiskan cuti yang tidak dirancang ke Melaka. Itu pun setelah diajak oleh Cikgu Romi untuk temankan dia pergi ambil "seseorang". Hehe… Cikgu Saril pun orait jer walaupun perjalanan ini tak dirancang. Main pakai redah jer. Kami berdua ni udah ler tatau jalan ke Melaka. Selepas hantar Cikgu Shahril Perak, iaitu member lama masa maktab yang datang ke Pahang untuk bercuti sambil datang kenduri ke Kota Gelanggi 2 iaitu ke rumah makcik dia, Cikgu Saril terus ke Melaka melalui Temerloh-Triang-Bahau-Melaka.

Sedikit cerita mengenai Cikgu Shahril. Dia adalah member kamceng yang sama-sama belajar di Maktab Kota Bharu, Kelantan. Asal dari Perak dan kini mengajar di SK Bandar Perda, Pulau Pinang. Kami adalah batch KDPM 2001/2003. Walaupun berlainan opsyen yang mana Cikgu Saril ni yang dikenali sebagai Shahril MTPM dalam bidang Maths, manakala Cikgu Ahmad Shahril ini dibezakan dengan Shahril SNKH iaitu belajar dalam Science. Selalu Cikgu Saril akan dok lepak bilik dia CB2 masa di maktab walaupun CB13 bilik Cikgu Saril adalah sama paras dengan bilik dia. Malam tu Cikgu Saril bawa dia ke My Kampung. Tengok semula gambar kenangan di maktab. Macam-macam diimbas dan diceritakan semula sampai ler nak tido pun masih dok bercerita. Hehe…

 Walaupun sesat kejap, akhirnya dapat juga kami sampai ke Melaka dengan selamat. Terima kasih buat En. Iskandar yang banyak membantu Cikgu Saril menunjuk arah sepanjang perjalanan dan bawa kami makan serta cari hotel budget yang amat selesa. Terima kasih juga sebab pinjamkan sehelai baju untuk Cikgu Saril… Al-maklumlah kami pergi pun sehelai sepinggang, hanya bekalkan dengan duit dalam poket dan kad ATM. Untuk pengetahuan semua, inilah kali kedua Cikgu Saril ke Melaka setelah hampir 20 tahun dan memandu sendiri.

Di Melaka kami sempat jalan-jalan di Dataran Pahlawan dan Taman Mini Malaysia dan Asean.

Taman Mini Malaysia dan Asean. Nasib dapat cari charger battery HP yang dicas dalam kereta. Dapat juga abadikan kenangan di sini. Terima kasih juga buat Nurul Ain yang pinjamkan HP dia untuk snap gambar dalam Muzium Melaka.

Dapat lihat rumah-rumah tradisional di Malaysia dalam satu-satu masa. Jimatkan… ??? Cuma di mana rumah Perlis ??? Tak ada pun ???

16June , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, cuti malaysia, JJCM : Riaksi »


JJCM : Kopitiam Inderapura

Ini adalah entry pertama untuk cerita terbaru JJCM a.k.a "Jalan-Jalan Cari Makan". Sebagai pembukaan, Cikgu Saril nak perkenalkan sebuah kopitiam yang terletak di Bandar Inderapura, Jerantut berhampiran dengan Pasaraya TF.

Malam kelmarin, Cikgu Saril sempat singgah untuk memenuhkan perot ni di kopitiam ni. Sebelum ni pernah minum dan makan dengan Cikgu Pra, Cikgu Marop, Cikgu Sidi dan Cikgu Minah. Deko dalam kopitiam ni memang fantastik dan lain dari yang lain kalau nak dibandingkan dengan kedai makan atau restoran di Jerantut ni. Cikgu Saril hanya sempat snap mana yang ada jer. Nak snap lebih-lebih rasa segan pulak sebab ramai orang… Kih…kih…kih…

Cikgu Saril memesan nasi goreng kampung dan air kelapa laut untuk kali ini. Ditambah pula dengan "french fries". Banyak betul makan malam tur. Penuh perut. Hehe… Nasi lemak puyuh pun sedap kat kopitiam ni. Seharusnya juga cuba minum kopi di situ. Dari pengalaman member-member yang selalu lepak kat situ, kopinya memang "fuhhyoo" dan special. Kalau siapa yang lalu atau singgah ke Jerantut nak makan-makan sambil berehat. Cikgu Saril cadangkan untuk mencuba "Kopitiam Inderapura".

26December , 2008 : Catatan PSA : kisahku, share, JJCM : Ada Riaksi (2)