PKSR 4/2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PKSR 4) 2009

02 HINGGA 05 NOVEMBER 2009

 Dalam banyak-banyak subjek dan menarik perhatian Cikgu Saril dalam PKSR 4/2009 kali ini ialah Pendidikan Seni Visual (PSV).

 

Soalan PSV kali ini amat mencabar dan menguji kreativiti murid-murid. Jom kita tengok hasil kerativiti pelajar-pelajar SKM.

Ada yang buat lori, kereta, lori balak, lori takder kepala (anak sape tu…??? hehe), bekas telur, bekas bunga, kolaj, cop dan macam-macam lagi… yang paling biasa…lukisan… lukis dan kaler-kaler la lepas tu…

5November , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, P & P, share : Riaksi »


Kem Membaca 1 Malaysia

PELANCARAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 

DAN

 BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009 PERINGKAT SEKOLAH

30October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, P & P, share : Riaksi »


Rumah Terbuka SKM 2009

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI (RIUP) SK MELA & SJKC MELA

13 OKTOBER 2009 (SELASA)

10.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI

Keriangan yang ditunjukkan oleh murid-murid SKM bersama-sama Sir Saril.

Berposing sakan sebelum acara bermula. Gambar utama bersama Cikgu Azila, Ustz. Asikin dan Ustz. Ramelah

Guru Besar SKM yang baru, En. Mohamad Zabidi bersama Guru Besar SJKC Mela turut memeriahkan majlis.

Terserlah kegembiraan murid-murid SKM apabila dapat menikmati Nasi minyak, ayam masak merah, nasi impit kuah kacang dan macam-macam lagi yang ada.

Sempat berposing lagi dengan Cikgu Salbani dan mantan GPK Koko, Puan Zaini bt Taibi. Meriah sangat tahun ne…

p/s : Walaupun raya dah lepas, Cikgu Saril nak juga update entry mengenai Rumah Terbuka SKM untuk 2009. Tengok jer la gambar-gaambar kat sini okey…

28October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, P & P, share : Riaksi »


Guru Besar Baru SKM

Bermula 01 Oktober 2009 yang lalu, secara rasminya SKM telah menerima seorang Guru Besar yang baru yang menggantikan Mantan Guru Besar, Encik Shahidan bin Abdul Hamid iaitu Encik Mohamad Zabidi bin Abdullah yang mana sebelum ini adalah Guru Besar SK Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Selamat Datang Cikgu !!!

: Catatan PSA : kisahku, ucapan, P & P, share : Riaksi »


Khatam Al-Quran & Duit Raya 2009

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN IHYA’ RAMADHAN 2009

DAN

MAJLIS SUMBANGAN DUIT RAYA 2009

Tarikh : 17 SEPTEMBER 2009

Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang

p/s : Bacaan doa dan tahlil yang dibacakan oleh Ustaz Jefri cukup menyentuh jiwa dan membuatkan satu dewan sebak. Terima kasih Ustaz.

17September , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, P & P : Riaksi »


Majlis Penutupan Kemerdekaan 2009

Semalam, 16 September 2009 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009 yang telah diadakan secara bersama dengan SJKC Mela bertempat di SK Mela. Acara ini juga adalah sebahagian daripada Program RIMUP. Pada majlis ini juga telah diadakan Pertandingan Koir Lagu Patriotik, Pertandingan Kuiz Kemerdekaan dan Pertandingan Kelas Terbaik "1 Malaysia". Cikgu Saril telah dilantik sebagai hakim persembahan untuk Pertandingan Koir dan hakim Pertandingan Kelas "1 Malaysia".

: Catatan PSA : kisahku, P & P, share : Riaksi »


UPSR 2009

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2009

08 SEPTEMBER HINGGA 10 SEPTEMBER 2009

Kini masanya telah tiba. Tarikh keramat 08 September 2009 telah pun dilalui dihari pertamanya dengan baik. Hari ini perjuangan untuk hari kedua akan bermula. Jadi Cikgu Saril mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari tahun 2008 dari UPSR 2009 ini. My Students kata, Paper 2 Mathematics senang sangat. Tetapi, Paper 1 mungkin susah. Selamat berjuang anak-anak ku sayang. Gunakanlah segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah cikgu-cikgu perturunkan dan berikan pada kamu semua. InsyaAllah dengan usaha dan berkat doa, kesungguhan yang telah dilakukan pastinya Allah akan berikan sesuatu yang terbaik untuk diri kamu. SELAMAT BERJAYA PUTERA PUTERI SKM 2009

9September , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, P & P, share : Ada Riaksi (1)