Alhamdullilah setelah hampir dua minggu entry HELP ME !!! dipaparkan di PSA, banyak respon yang Cikgu Saril terima samada dari komen di dalam blog ini sendiri mahupun ada yang terus menghubungi Cikgu Saril melalui Samsung E250,sms dan ada jugak yang berjumpa dengan Cikgu Saril secara personal. Terima kasih banyak-banyak.
Antara komen-komen yang Cikgu Saril petik dari PSA ini yang amat bermakna bagi Cikgu Saril ialah :
"Kekecewaan adalah lumrah hidup kita. Tapi yakinlah sinar akan menjelma. Allah memberi kita hujan sebab Dia ingin kita rasai keindahan pelangi. Kuatkan semangat dan harungi kehidupan ini dengan penuh keceriaan." (Lela - 13 Mac 2009 @ 5.43pm)
"Bagaimana kita hari ini, siapa yang menentukan…siapa yang memilih..bukankah diri kita sendiri? Antara tidak gembira dan gembira , kita boleh untuk memilih salah satunya. Begitu juga antara tenang dan tidak tenang. Memang sukar…sebab akak sendiri sedang berlatih untuk sentiasa memilih yang positif." (Anis - 13 Mac 2009 @ 11.58pm)
"Baik fikir ke depan, cuba cari jalan penyelesaian lain. Jawapan itu ada pada ril sendiri. Lagi baik buat solat isthikarah..tanya pada Dia. Dia akan tunjukkan jalan. InsyaAllah." (Izzrule, SK Lenjang, Kuala Lipis - 15 Mac 2009 @ 10.31 pm)
"Berhadapanlah dgn mereka dengan hati yang ikhlas,senyuman yang manis,berfikiran secara positif dan terbuka, jangan lupa mengadulah pada tuhan kerana Dialah penawar segalanya… Keikhlasan akan terbina, bila hati sentiasa faham dan redha di atas segala-galanya. Biarkan saja apa yg dikata,semua kerja sediakan bukti yang kukuh utk menidakkan bukan kebenaran." (Terganaz, SK Jengka 13, Jengka - 16 Mac 2009 @ 1.36pm)
"Tentu ada hikmahnya walaupun dimana pun kita ditempatkan…. dihutan belantara…atau di tengah bandaraya…. pasti ada hikmah yang tersembunyi…. pasti ianya adalah ketetap dariNya….yang masih kita belum mengetahuinya….." (Cikgu NizaRejab - SK Kundang Patah, Raub, Pahang - 16 Mac 2009 @ 10.05pm)
"Hidup ini banyak dugaan dan cabaran yang ALLAH SWT berikan kepada kita untuk mematangkan kita selaras dengan usia kita…jadi kalau ril rasa dengan berada di sana ril lebih bahagia dan tidak mahu teruskan cabaran di dunia luar, ril pilih la ke sana.. tapi kalau ril tabah dan bersemangat untuk meneruskannya dan mengambil sikap positif dan tidak memandang ke belakang… maka ril seorang yang makin meningkat kematangan dlm diri ril… (Bekas Guru SK Titom 2005 - 18 Mac 2009 @ 12.55pm)
kelebihan di posting ke banyak-banyak tempat ni:
1) dapat banyak pengalaman, bertemu banyak ragam manusia, mematangkan fikiran
2) mana tahu hikmah di sebalik kegagalan akan disinari kebahagiaan yang lebih menyerlah — maksudnya jumpa jodoh yang lebih baik dari sebelum ni
3) dah lopeh limo bolas tahun ekau merantau, kombalilah ekau ke titom sebagai orang yang lebih bosar jawatan dan pangkat eh. Lagi banyak ekau buleh buat sekiro eh ekau ke sano sebagai GPK @ Bos Bosar! Kalau ekau ke titom sekarang pun, takdok guno laie sobab ekau sekadar mengisi kekosongan di sano. sebab tu seelok-eloknya bekerja di satu-satu tempat itu, tak lebih lima tahun. lepas lima tahun, merantaulah lagi ke tempat lain. (En. Kasmara, KKM Rompin - 18 Mac 2009 @ 9.19am)
"bersabar la wahai sahabat, setiap dugaan pasti ada jalan penyelesaian nya……warga pendidik mesti mempunyai semangat yang kuat dan kental untuk meneruskan kerjaya ini dan mendidik anak bangsa kita supaya tidak ketinggalan jauh kebelakang…….moga tabah cikgu" (fairusozza - 20 Mac 2009 @ 11:39am)
"if u think that’s the best for you, go ahead… tak guna nak kerja dalam suasana yang stress… All the best! I wish u can transfer to u’r previous school…" (Cikgu Suhanashmy - 21 Mac 2009 @ 1.04pm)
ril, kita kena belajar dr pengalaman. buatlah solat hajat dan istiqarah. insyaallah ko akan tenang. mengadulah padaNya. jgn terlalu berfikiran negatif sebab itu memburukkan keadaan. biarlah berlama di satu tempat agar dapat kita kutip pengalaman. orang dengki itu adat hidup. kenalilah siapa rakan kerana biasanya teman ketawa mudah dicari, teman menangis payah ril. memang payah menelan kepahitan tapi kita kan selalu ingat bahawa ubat itu selalunya pahit. hidup kita ni penuh liku. bukan mudah utk ke puncak. Nabi sendiri pun diuji oleh umatnya. Sabarlah. Tabah dan kuatkan azam. Ko baru sangat dalam bidang ni. Bertahanlah sebab Allah akan menguji hambaNya untuk meningkatkan martabatnya. InsyaAllah. (Cikgu Fauziah a.k.a Kak G - 21 Mac 2009 @ 7.56pm)
Fikir2lah secara matang..Dalam hidup yg sementara ini kita harus kuat dan tabah dalam mengharungi apa jua dugaan dan cabaran.. Dugaan dan cabaran itu juga akan mengajar kita menjadi lebih dewasa..Di tempat mana pun kita berada kita akan jumpa pelbagai ragam manusia..Kenapa harus kita peduli manusia yg seperti itu?..Yg penting kita jaga diri kita dan buat yg terbaik untuk diri..Hanya kita yg mampu buat yang terbaik untuk diri..Orang lain hanya mampu melihat dan beri semangat sahaja..Dan dalam hidup ini tidak ramai yg ikhlas tetapi dalam tidak ramai itu ada yg betul2 ikhlas dengan kita..Dan cukup membuatkan kita gembira dan bahagia..Istikharahlah dan solat hajat..Insyallah Allah akan tunjukkan jalanNYA.. (AD Melancholic - 23 Mac 2009 @ 2.45am)
Begitulah sedikit sebanyak yang telah Cikgu Saril terima daripada komen-komen pembaca PSA sepanjang entry HELP ME wujud. Segalanya Cikgu Saril ambil dan renungkan juga mengikut kata nasihat yang teah diberikan. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih juga buat bekas rakan sejawatan yang pernah bertugas di SK Titom yang tidak jemu-jemu memberi dorongan dan nasihat untuk Cikgu Saril. Alhamdullilah, Cikgu Saril telah pun menemui keputusan untuk semua masalah ini.