PKSR 4/2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PKSR 4) 2009

02 HINGGA 05 NOVEMBER 2009

 Dalam banyak-banyak subjek dan menarik perhatian Cikgu Saril dalam PKSR 4/2009 kali ini ialah Pendidikan Seni Visual (PSV).

 

Soalan PSV kali ini amat mencabar dan menguji kreativiti murid-murid. Jom kita tengok hasil kerativiti pelajar-pelajar SKM.

Ada yang buat lori, kereta, lori balak, lori takder kepala (anak sape tu…??? hehe), bekas telur, bekas bunga, kolaj, cop dan macam-macam lagi… yang paling biasa…lukisan… lukis dan kaler-kaler la lepas tu…

5November , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, P & P, share : Riaksi »


Jadi Uncle lagi

"Ril, abg dapat baby girl kejap tadi", SMS dari Tuan Zaki. (28/10/2009, 3:23pm)

Cikgu Saril bergelar "uncle charming" lak kali ini apabila kelahiran I’ffah Nur I’zzah binti Mohd Zaki telah selamat lahir ke dunia pada 28 Oktober 2009, Rabu jam 2.10 petang di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSHAS), Temerloh, Pahang.

Uncle Saril telah pergi melawat "baby izzah" pada 30 Oktober 2009 di Kampung Paya Pulai, Temerloh. Tahniah kepada Mohd Zaki bin Daud dan isterinya yang menyambut kelahiran puteri sulungnya. Mohd Zaki ini adalah kawan baik merangkap housemate di Kampung Batu 1, roomates dan classmate masa belajar di Kolej Informasi Multimedia kerjasama dengan UPM pada tahun 2000 dulu, sebelum Cikgu Saril berhenti belajar untuk masuk ke Maktab Perguruan Kota Bharu pada tahun 2001.

Untuk "baby izzah", uncle doakan Izzah akan jadi anak yang soleh dan beriman… amin… Comey+Charming… combination baby+uncle tu memang sesuai kan??? sesuai kah???

3November , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, share : Riaksi »


Deco after RAYA

Deko lepas RAYA !!??? Actually, pic ne dah lama tersimpan dalam memory N78 ni..so bila di belek-belek lsambil landing atas sofa tu, teringin nak publish kat PSA untuk menyaratkan lagi entry Deko Bersama Putra.

Pic ne diambil beberapa hari selepas balik bercuti dari raya sebulan yang lepas. Lepas raya pun buat deko… hehe… tapi kali ne semua tuju kat satu sudut yang dah lama kosong…

Ingat nak cari bubu (tempat orang tangkap ikan) untuk deko lampu. Semalam jalan-jalan dengan Haris kat Expo depan TF tu ada la jumpa bubu… tapi mahal sangat… dah ler kecik… ada sapa nak sponsor…??? hehe… dulu masa dok bertugas kat SK Titom, ada gak tempah dengan orang kampung… tapi haram tak siap-siap sampai la aku dah tukar ke sini. Teringin gak nak dapatkan jala ikan… nak buat deko gak dalam umah ne… suka lak tgok benda-benda macam ne…

2November , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, share, Deko Bersama Putra : Riaksi »


Cuti-Cuti Malaysia : Kuantan, Pahang

Perjalanan ke Kuantan, Pahang kali ini adalah telah pun lama dirancang dan hanya minggu ini saja berkesempatan menjejakkan kaki ke sini bersempena dengan Cuti Keputeraan Sultan Pahang. Ini pun adalah kebetulan masa Cikgu Saril pergi servis MyG di Temerloh dan bermalam di rumah Harris dan keesokkan paginya terus ke Kuantan.

Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Plaza Tol Temerloh dan keluar di Plaza Tol Gambang yang memakan masa 1 jam perjalanan, kami berdua solat Zuhur di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang tersergam indah di tengah-tengah bandar Kuantan. Selesai solat, kami pergi beli barang sikit iaitu baju unit beruniform PBSM yang Cikgu Saril perlu pakai pada setiap hari Rabu. Perut berkeroncong sejak di LPT, kami singgah makan tengahari di Teluk Cempedak (TC) yang popular di sini. Berjalan-jalan di pelantar persisir pantai sambil tengok gelagat pengunjung di situ. Ramai juga orang pada hari cuti begini.

Puas di TC dan badan pun dah melekit, kami ke SSF Deco Mart. Saja jalan-jalan, kot-kot dapat idea untuk deko umah dan ada hati yang berkenan. Tak sangka pulak masa cari parking di belakang SSF, jumpa pulak "kembar" CCK. Tapi plat WSS. Taki kisah ler, akhirnya dapat juga Cikgu Saril tengok G2 yang sama dengan Cikgu Saril guna sekarang. Memang susah nak jumpa sama kaler dengan MyG ni. Sebelum balik, kami singgah kejap beli satar dan keropok sagu di Tanjung Lumpur. Memang tak sah kalau tak beli kepok dan satar kat sini kalau ke Kuantan. Ada planning yang tak kesampaian dan kami akan pastikan plan itu akan difokuskan untuk itu sahaja pada kunjungan akan datang. Hehe… ada yang nak join ke???

p/s: Sorry to Cikgu Rash and Cikgu Noor, eng dah planning dengan orang lain dulu. Hehe… next time kita g kuantan… Join kami nak ???

25October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, cuti malaysia, share : Ada Riaksi (2)


Kedai Buku

Hari ni disebabkan terlalu boring dan tak ada kelas selepas rehat, Cikgu Saril dok menyibukkan diri dengan mengemas Kedai Buku SKM. Sejak Cikgu Saril ditugaskan ke sini, Kedai Buku ini adalah job terpenting Cikgu Saril kena handle. Alhamdullilah atas kepercayaan pihak sekolah, Cikgu Saril rasa amat berminat memegang jawatan ni.

Hari ni bersama Syazwan dan Mustaqim, kami bertiga mengemas Kedai Buku. Ada pulak cadangan dari cikgu-cikgu agar memindahkan Kedai Buku ini berhampiran dengan tempat duduk belakang Cikgu Saril memandangkan Kedai Buku SKM ini tersorok agak jauh dari pandangan cikgu-cikgu di dalam staffroom. Masih dalam perbincangan dan memikirkan bagaimana nak ubahsuai. Banyak barang tu nak kena hangkut… Esok nak buat gotong royong sikit memandangkan selepas rehat hingga balik 1310 memang free… Ada sapa-sapa nak tolong Sir Saril ??? Nampaknya budak Tahun 6 ler jadi mangsanya lagi… hehe…

21October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, share : Ada Riaksi (1)


Rumah Terbuka 2009

RUMAH TERBUKA CIKGU SARIL 2009

Tarikh : 04 OKTOBER 2009 bersamaan 15 SYAWAL 1430H

Masa : 11.00 pagi - 4.30 petang

Tempat : "Teratak 100" Sungai Koyan, Raub, Pahang

Sebenarnya, Rumah Terbuka ini adalah kali pertama dan julung kalinya dianjurkan oleh Cikgu Saril. Tujuan asalnya untuk menjemput "Geng SK TITOM batch 2004/2005/2006/2007/2008 and 2009. Untuk memeriahkan lagi acara, Cikgu Saril menjemput warga SK Mela dan beberapa kawan rapat dari zaman maktab, sekolah dan member bloggers yang dekat-dekat area Pahang.

Terima kasih kepada Geng Cikgu Titom 2009, Wakil SKM - Ustazah Asyikin yang menyambut raya Puasa 6 di jamuan Rumah Terbuka Cikgu Saril, Chef-chef terkemuka SK Titom - Kak Tek & Kak Siah, Cikgu Fitri - My Ex-Roomates SK Titom 2005/2007, Cikgu Nazri & Cikgu Jamilah - ExBatch KDPM 2001/2003 KBTC Kota Bharu, Kelantan.

Juga terima kasih buat tetamu undangan yang semuanya dari KL iaiatu Mr.Faez - Pusat Darah Negara, KL dan bloggers Cikgu Anis-Cikgu Faridah-Cikgu Putri - Geng Bloggers dari SK Telok Pulai, Klang dan semua yang jiran-jiran dan kenalan rapat yang hadir memeriahkan di Rumah Terbuka 2009 kali ini. Pastinya Rumah Terbuka 2010 akan dijemput lebih ramai  dan meriah lagi. Pasang khemah lagi… Orang Machang, Puchong, Batu Pahat dan banyak lagi akan dijemput lagi untuk bersama-sama raya 2010. Nantikan…

: Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, share, JJCM : Ada Riaksi (2)


Balik Kampung

Raya kali ne, Cikgu Saril berkesempatan bawa family bali kampung di Kampung Simpang Empat Kerdau dan Kampung Paya Taram pada hari raya yang kedua lalu. Seawal jam 9 pagi dah bertolak dari Sungai Koyan. Destinasi kami, terus ke Kampung Sanggang Baru, Temerloh beraya di rumah Mak Ngah dan Pak Ngah. Kemudian ke Desa Murni Sanggang di Blok 5 rumah Cik Sitah, sepupu kepada arwah abah. Banyak tul makan di rumah Harish, anak kepada Mak Ngah dan Pak Ngah.

Tengahari tu baru ler ke Kampung Simpang Empat Kerdau. Ramai betul sanak saudara yang dah lama tak jumpa berkumpul di rumah Mak Teh. Lepas sahaja makan tengahari, walaupun aku tak makan disebabkan terlalu kenyang kami bertolak pulak ke kampung Paya Taram, Kerdau kira-kira 1KM dengan Kampung Simpang Empat Kerdau. Kali ini berkumpul di rumah kakak mak iaitu di Mak Ndak. Kampung ne adalah kampung tempat aku kecik-kecik dulu. Masa kecik-kecik dulu suka tido di rumah Mak Ndak yang masa tu rumah kayu lagi dan main paya cari ikan kat kampung ne. Tapi itu semua dah berlalu, paya pun dah makin naik lalangnya dan suasananya pun dah banyak berubah kerana pembangunan dah banyak di situ.

Sempat juga ikuti Tahlil kubur beramai-ramai yang merupakan tradisi di kampung ini. Masa Cikgu Saril sampai di kubur tu, semua orang dah nak siap. Semua dapat duit raya hasil kutipan beramai-ramai. Kubur di sempat Cikgu Saril ziarah ialah kubur datuk, nenek dan ayah sedara. Tak tahu la pulak Cikgu Hamzah turut berada di situ dan kami rupa-rupanya sekampung. Siapa Cikgu Hamzah? dia ne silent reader PSA suatu ketika dulu. Malam balik dari kampung tu, sempat YM kejap dengan Cikgu Hamzah. Di situ juga tahu yang dia ada di tahlil kubur beramai-ramai tu.

18October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, cuti malaysia, share : Riaksi »