TAG : Topik Utama dan Maklumat Sokongan
Sebenar-benarnya Cikgu Saril sedang update blog dalam keadaan line streamyx yang sangat hampeh. Namun demi seorang sahabat, Cikgu Saril mengagahkan juga untuk membalas TAG yang ditugaskan oleh En. Kasmara.
Sebelum itu, nak ucapkan tahniah kepada En. Kasmara yang baru saja dikurniakan seorang puteri penyeri rumahtangganya bersama Kak Melati. Cuma Uncle Aril tak sempat lagi nak masukkan Sarah Sabreena dalam list "Permata Hatiku" disebabkan line streamyx macam ulat gonggok dok merayap tepi rumah Cikgu Saril ni… hehe… Nak entry bergambar pun tak boleh… Lotih den nak menunggu upload… Alih-alih tertido atas sofa baru… oppss…
TAG dari En. Kasmara ni semuanya nak senaraikan empat setiap satu soalan… Kenapa tak mintak 5 ??? Tak pun mintaklah 745 ke ??? Hehe…
Empat nama anda yang dipanggil oleh rakan-rakan :
1. Aril (kalau kawan-kawan sms, YM dan yang call semuanya panggil Aril.
2. Ril (singkat jer. Nak menunjukkan lebih mesree la kot … ahaks)
3. Saril (sebutannya begitulah. Nama ni dipanggil oleh rakan-rakan sejawat kat sekolah)
4. Putra (yang ni dipanggil oleh Cikgu Karl di Titom dan kawan-kawan yang sememangnya mesre)
Empat tarikh penting dalam hidup anda :
1. 05 Jan (Tarikh pertama aku berkhidmat dalam Kerajaan Malaysia)
2. 04 April (Tarikh lahir my mom)
3. 09 Mei (Tarikh lahir aku diberanakkan)
4. 20 Mei (Tarikh …..??? Lu pikir la sendiri… ahaks)
Empat perkara yang anda lakukan 30 minit yang lalu :
1. Mengajar Bahasa Malaysia SBT Tahun 4 (menyusun cerita dan buat karangan)
2. Naik CCE (budak-budak pun tegur, "Sir ni, rumah dekat pun nak naik motor…)
3. Basuh pinggan dan gelas yang guna makan tengahari tadi sebelum pergi kelas SBT… hehe…
4. Baring-baring atas sofa baru ituuuu…. ahaks…
Empat kaedah untuk bahagia :
1. Senyum sokmo walaupun tensen
2. Jalan-jalan, tak pun shopping… ahaks
3. Duduk tengok sungai atau pun laut
4. Sentiasa memaafkan orang
Empat hadiah yang ingin anda terima :
1. Tawaran sambung belajar
2. Pakej "Deko Bersama Eric" (ahaks… berangan jer lebih… )
3. Sebuah rumah di tepi sungai @ jeram @ tasik
4. Sebuah cinta yang tulus ikhlas dari …. (oppss… rahsia tawww…)
Empat hobi paling diminati :
1. Blogging
2. Jalan-jalan kat shopping complex sampai kaki naik lenguh.
3. Menonton Hegamaru dan Spongebob… ahaks
4. Deko rumah sendiri biar nampak kemas dan menarik di mata sendiri… ahaks
Empat tempat ingin anda kunjungi untuk bercuti :
1. Sabah (insyaAllah bulan 6 ni… geng Titom jadi tak ???)
2. Melaka (cadangan untuk lawatan pelajar Tahun 6)
3. Terengganu (cadangan untuk lawatan pelajar Tahun 6)
4. Mana-mana yang sesuai la…
Empat minuman kegemaran :
1. Milo (breakfast setiap pagi)
2. Sirap laici (kalau pekena dengan nasi goreng ayam kunyit, sedapppnyerrr… meleleh woo)
3. Spritzer (mineral water yang sedang diamalkan meminumnya dan botolnya berlambak kat dapur, sampai buat koleksi)
4. Cendol (ini mesti tak miss punyer kalau balik kampung… pastu sms Cikgu Akma, buat sampai diterliur… keh3x… pastu keluarlah ayat dia "awak ni mengader taww… saya ni on diet")
25March , 2009 : Catatan PSA : kisahku, TAG : Ada Riaksi (3)








Kuantan Time







