Lyrics : Jika Engkau Pergi

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

p/s : lirik ini tiada kena mengena dengan kehidupan empunya blog setakat ini… hanya meminati dan hanya ingin menghayati agar ia tidak terjadi…

9November , 2009 : Catatan PSA : kisahku, ucapan, Lyrics, share : Riaksi »


Jadi Uncle lagi

"Ril, abg dapat baby girl kejap tadi", SMS dari Tuan Zaki. (28/10/2009, 3:23pm)

Cikgu Saril bergelar "uncle charming" lak kali ini apabila kelahiran I’ffah Nur I’zzah binti Mohd Zaki telah selamat lahir ke dunia pada 28 Oktober 2009, Rabu jam 2.10 petang di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSHAS), Temerloh, Pahang.

Uncle Saril telah pergi melawat "baby izzah" pada 30 Oktober 2009 di Kampung Paya Pulai, Temerloh. Tahniah kepada Mohd Zaki bin Daud dan isterinya yang menyambut kelahiran puteri sulungnya. Mohd Zaki ini adalah kawan baik merangkap housemate di Kampung Batu 1, roomates dan classmate masa belajar di Kolej Informasi Multimedia kerjasama dengan UPM pada tahun 2000 dulu, sebelum Cikgu Saril berhenti belajar untuk masuk ke Maktab Perguruan Kota Bharu pada tahun 2001.

Untuk "baby izzah", uncle doakan Izzah akan jadi anak yang soleh dan beriman… amin… Comey+Charming… combination baby+uncle tu memang sesuai kan??? sesuai kah???

3November , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, share : Riaksi »


Guru Besar Baru SKM

Bermula 01 Oktober 2009 yang lalu, secara rasminya SKM telah menerima seorang Guru Besar yang baru yang menggantikan Mantan Guru Besar, Encik Shahidan bin Abdul Hamid iaitu Encik Mohamad Zabidi bin Abdullah yang mana sebelum ini adalah Guru Besar SK Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Selamat Datang Cikgu !!!

28October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, ucapan, P & P, share : Riaksi »


Rumah Terbuka 2009

RUMAH TERBUKA CIKGU SARIL 2009

Tarikh : 04 OKTOBER 2009 bersamaan 15 SYAWAL 1430H

Masa : 11.00 pagi - 4.30 petang

Tempat : "Teratak 100" Sungai Koyan, Raub, Pahang

Sebenarnya, Rumah Terbuka ini adalah kali pertama dan julung kalinya dianjurkan oleh Cikgu Saril. Tujuan asalnya untuk menjemput "Geng SK TITOM batch 2004/2005/2006/2007/2008 and 2009. Untuk memeriahkan lagi acara, Cikgu Saril menjemput warga SK Mela dan beberapa kawan rapat dari zaman maktab, sekolah dan member bloggers yang dekat-dekat area Pahang.

Terima kasih kepada Geng Cikgu Titom 2009, Wakil SKM - Ustazah Asyikin yang menyambut raya Puasa 6 di jamuan Rumah Terbuka Cikgu Saril, Chef-chef terkemuka SK Titom - Kak Tek & Kak Siah, Cikgu Fitri - My Ex-Roomates SK Titom 2005/2007, Cikgu Nazri & Cikgu Jamilah - ExBatch KDPM 2001/2003 KBTC Kota Bharu, Kelantan.

Juga terima kasih buat tetamu undangan yang semuanya dari KL iaiatu Mr.Faez - Pusat Darah Negara, KL dan bloggers Cikgu Anis-Cikgu Faridah-Cikgu Putri - Geng Bloggers dari SK Telok Pulai, Klang dan semua yang jiran-jiran dan kenalan rapat yang hadir memeriahkan di Rumah Terbuka 2009 kali ini. Pastinya Rumah Terbuka 2010 akan dijemput lebih ramai  dan meriah lagi. Pasang khemah lagi… Orang Machang, Puchong, Batu Pahat dan banyak lagi akan dijemput lagi untuk bersama-sama raya 2010. Nantikan…

21October , 2009 : Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, share, JJCM : Ada Riaksi (2)


Salam Syawal 1430H

1 S.Y.A.W.A.L 1430 kian menjelma. Tangan dihulur berjabat erat, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kerterlanjuran selama berada di PSA dan yang sudi menjadi sahabat, teman, abang, kakak, adik dan menjadi sebahagian hidup Cikgu Saril. Jaga diri dan berhati-hati di jalanraya dan berpada-padalah makan disepanjang menyambut hari raya.

17September , 2009 : Catatan PSA : kisahku, ucapan, cuti malaysia : Ada Riaksi (1)


Khatam Al-Quran & Duit Raya 2009

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN IHYA’ RAMADHAN 2009

DAN

MAJLIS SUMBANGAN DUIT RAYA 2009

Tarikh : 17 SEPTEMBER 2009

Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang

p/s : Bacaan doa dan tahlil yang dibacakan oleh Ustaz Jefri cukup menyentuh jiwa dan membuatkan satu dewan sebak. Terima kasih Ustaz.

: Catatan PSA : kisahku, saja-saja, ucapan, P & P : Riaksi »


Kad Raya Kedua dan Ketiga 2009

Kad raya kedua ne pulak tiba seminggu yang lalu di My Kampung. Memandangkan Cikgu Saril tak balik minggu lepas dan hanya balik pada hari Rabu lepas semat-mata untuk berbuka puasa dengan mak dan adik beradik yang cuti raya terlebih awal, barulah kesempatan untuk membaca dan membukanya. Dari seorang bakal guru yang kini sedang menjalani latihan di maktab perguruan yang sama pernah Cikgu Saril belajar dulu pada tahun 2001 hingga 2003, Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan. Paling menarik mengenai kad ne, tengoklah kena main lekat-lekat pic tu sendiri. Sabar jer. Tahulah Guru Pemulihan Khas, so memang minat dia katun-katun ne. Best !!! Terima kasih Cikgu Fadli.

Kad raya ketiga ini pula dari seorang bisnessman. Besar sungguh kad dia. Lepas buka dan bacanya, terus sms pada dia, kenapa tak hantar "besor gajoh" (loghat orang Temerloh) punyer kad ? Hehe… Itu pun dia kata, dekat setengah jam cari kad tu sampai cashier kat Saujana pun asyik usha dia dan tengok lain macam jer. Hehe… Sabar jer la kan??? Anyway, terima kasih pada yang semua sudi menghantar kad raya dan tahun ne sebetul-betulnya memang Cikgu Saril tak berkesempatan menghantar kad raya walaupun dah beli disebabkan terlalu sibuk. Terima atas ingatan kawan-kawan semua. Nanti, Cikgu Saril MMS/SMS atau call jer la ek di malam raya atau di pagi raya. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin !!!

: Catatan PSA : kisahku, ucapan, share : Ada Riaksi (2)